Monday, August 26, 2013

Kejayaan Ladang Contoh Tanaman Rockmelon secara Fertigasi

Ladang Contoh Tanaman Rockmelon secara Fertigasi di Stesen MARDI Serdang telah mengeluarkan hasil pada bulan Jun 2013 yang lalu.

Sebanyak 900 pokok telah memberikan hasil sebanyak dengan purata buah 2.2 kg sepokok.

Varieti yang ditanam adalah Glamour.

Purata kemanisan buah adalah 13 Brix dengan tempoh tuaian tepat 75 hari.

Projek ini telah dijalankan oleh 3 org usahawantani baru.

Friday, August 23, 2013

Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman

PAGOH 19 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini mengaplikasi teknologi fertigasi dari Belanda bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman di negara ini.
Pegawai Penyelidik Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Yaseer Suhaimi Mohamad berkata, teknologi baharu itu juga akan mempercepatkan hasil tanaman iaitu 45 hari lebih awal berbanding kaedah biasa.
Menurutnya, teknologi itu sesuai untuk tanaman jenis buah seperti cili, rock melon, tomato, terung dan strawberi.
“Hasil penyelidikan terbaharu Mardi menunjukkan kaedah fertigasi boleh juga digunakan untuk tanaman jenis umbisi seperti halia, kunyit dan keledek.
“Penggunaan teknologi ini semakin meluas terutama dalam kalangan usahawan tani muda berusia di bawah 30 tahun di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Teknologi Tanaman Sistem Fertigasi (Lanjutan) Kali ke-2 Tahun 2013 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Jamaludin Salim yang kemudiannya menyampaikan sijil kepada 72 peserta.
Yaseer Suhaimi berkata, teknologi berkenaan kini sudah 70 peratus digunakan oleh para petani di Selangor dan kesemuanya membabitkan golongan berusia bawah 30 tahun.

Friday, August 9, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN RAYA FERTIGASI

Myagri ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca yang beragama Islam. Di kesempatan ini juga Myagri ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa sepanjang kami beroline.

Dalam menikmati juadah raya jangan dilupakan tanaman fertigasi kita.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri di samping pokok cabai fertigasi dan keluarga anda.